Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Februari 05, 2018

Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - 'Menghidu aroma' sejarah lama Bangkok sebelum kembali ke arah selatan

Salam. Setelah beberapa lama baru kita masuk ke bahagian separuh akhir perjalanan ke Thailand 12-23 Disember. Pergilah kita ke penceritaan keseluruhan hari ke-7 perjalanan. Bersambung daripada artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menelusuri keagungan Ayutthaya, pusat kerajaan Siam lama.


Pagi Isnin 18 Disember 2017. Melihat rupa hotel murah tempat kami menginap di Bangkok.


Letaknya sekitar 2-3 km sahaja ke kawasan kota lama Bangkok iaitu di pusat bandar raya.


Bilik nampak semacam tapi cukuplah untuk kami anak beranak berehat. Dengan sewa cuma 300 Baht satu malam ia hotel paling murah kami ambil sepanjang berada di Thailand.


Bila dah lewat malam nak cari hotel yang tidak mahal tapi cukup dekat dengan kawasan sasaran tak payahlah memilih sangat. Ketika kami sampai meter kereta menunjukkan kereta sudah berjalan sejauh 2,062 km sejak meninggalkan rumah.


Dan duduk di hotel murah tak terasa ralat nak keluar awal. Jam 10 pagi kami dah check-out lalu mula menjelajah kota Bangkok. Kali ini baru betul-betul dapat melihat keadaan setelah pertama kali sampai Sabtu malam Ahad dalam perjalanan ke Ayutthaya kemudian masuk balik tapi sampai dalam gelap juga Ahad malam Isnin. Lihat artikel My first proper look at Bangkok di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kawasan kota lama yang dimaksudkan adalah dataran di sekitar Grand Palace atau Istana Agung Siam/Thailand.  Pada penghujung artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menelusuri keagungan Ayutthaya, pusat kerajaan Siam lama ada disebut kami ada melawat pada waktu malam. Sekarang biar dilihat dalam keadaan terang dan jelas waktu siang.


Nak masuk pinggir kawasan pun kena beratur tunjuk paspot dan kena imbas badan. Oh, sebelum itu saya terlihat suatu tugu yang agak pelik tetapi melucukan. Lihat artikel Tugu Peringatan Babi (Pig Memorial), Bangkok di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)..


Dari kawasan pinggir yang selari dan terletak bersebelahan dengan parit kota lama perlu berjalan kaki dalam 250 meter untuk sampai ke Istana Agung.


Tidak berapa lama kemudian kelihatanlah istana di hadapan. Untuk pengetahuan ia dibina pada tahun 1782. Dalam artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menelusuri keagungan Ayutthaya, pusat kerajaan Siam lama ada disebut ibu kota kerajaan lama Siam di Ayutthaya telah musnah tahun 1767 akibat serang musuh dari Burma. Selepas itu seorang panglima Ayutthaya bernama Phya Tak Sin telah bangkit menentang lalu menghalau musuh. Beliau kemudian menjadi raja baru Siam yang mendirikan ibu kota baru di Thonburi, 80 km ke selatan kota Ayutthaya. Tetapi setelah beberapa lama Tak Sin sendiri dijatuhkan oleh seorang panglima beliau. Panglima inilah yang mendirikan kota  Bangkok sebagai ibu kota Siam selepas itu. Bangkok kemudian membesar lalu 'menelan' masuk Thonburi ke dalam kawasan bandar raya. Kota Bangkok yang asal itulah persekitaran di sekitar istana yang kelihatan.


Panglima tersebut menjadi raja Siam lalu kedudukan itu dipegang oleh anak cucunya sampai sekarang. Itulah yang dikenali sebagai Dinasti Chakri merujuk kepada keluarga diraja berkenaan, Ada juga memanggilnya sebagai Dinasti Ratrrnakosin merujuk kepada tanah atau kawasan pusat di mana Istana Agung didirikan. Menarik tentang kerajaan Siam atau kini dikenali sebagai kerajaan dan negara Thailand adalah bagaimana penduduknya sangat memandang tinggi raja. Sepanjang berada di negara ini saya perhatikan tidak ditemui langsung gambar-gambar atau poster ahli politik seperti halnya di Malaysia. Yang ada cuma gambar-gambar raja.

Pada pendapat saya inilah punca negara Thailand stabil dan dapat mencapai kemajuan. Saya perhatikan jalan-jalan rayanya elok cantik, jarang sekali ditemui berlubang-lubang seperti halnya di Malaysia. Tanpa dikenakan tol kecuali pada bahagian tertentu di Bangkok kita dapat memandu dengan selesa ke mana sahaja di negara itu. Teknologi tenaga angin pun dapat dimanfaatkan seperti ditunjukkan dalama artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menyahut 'panggilan' Sultan Sulaiman sebelum ke Tambralingga/Sri Dharmaraja/Ligor/Nakhon Si Thammarat. Sedangkan di negara kita yang sering para pemimpin dan penduduknya sering mengaku lebih maju kegunaan tenaga masih diperdebatkan. Kadangkala terasa ia sengaja diketepikan agar para pengusaha industri tenaga dapat terus meraih untuk sambil dibantu ahli politik agar mengekalkan status quo...


Saya dapat melihat pembangunan pesat merata, tandas bersih terjaga di mana-mana sebagai manifestasi rakyat yang tenang aman di bawah payung kekuasaan raja. Walaupun Thailand sering diberitakan berlaku pertukaran pemimpin politik secara mendadak,, naik junta tentera mengambil alih kuasa dan sebagainya, pada pandangan saya negara tetap stabil kerana tidak terlalu bergantung kepada ahli politik yang sering terpalit pula dengan kerenah permintaan kroni masing-masing. Ini boleh berlaku akibat memandang tinggi dan begitu menghormati raja. Bila raja bercakap sesuatu semua orang dengar malah Perdana Menteri Thailand pun boleh menikus akur. Di Malaysia saya lihat ahli politik sudah terlalu kurang ajar sehingga mengatasi kuasa raja-raja lalu membikin rakyat kacau...

Ini adalah di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand. Letaknya menghadap Istana Agung. Adapun bangunan yang dibina penghujung abad ke-19  ini pernah menjadi istana. Hal bangunan Kementerian Pertahanan menghadap istana lama seperti menunjukkan bagaimana setianya tentera terhadap raja lalu dengan itu negara dapat diamankan daripada segala macam kebodohan, kerakusan ketamakan ahli politik. Lihat Bangunan Kementerian Pertahanan (Ministry of Defence building), Bangkok.

Menariknya di halaman bangunan terdapat meriam lama Melayu terkenal Sri Patani yang dirampas setelah Siam mengalahkan Patani tahun 1785. Kelihatan saya diambil gambar bersama duit dirham HIKMAH berlatarbelakangkan meriam. Lihat Sri Patani dan meriam-meriam di bangunan Kementerian Pertahanan (Sri Patani and cannons at the Ministry of Defence building).


Selepas itu baru meninjau Istana Agung.  Tetapi cukuplah sekadar melihat daripada beberapa sudut luar. Nak masuk dalam kena bayar tiket 500 Baht satu kepala. Lain kali aje lah. Lihat Istana Agung (Grand Palace), Bangkok.


Kami turut melihat kuil 'pasak' Bangkok yang didirikan dalam lingkungan sama kawasan kota lama. Diberitakan ia adalah bangunan pertama didirikan iaitu pada awal tahun 1782 apabila Bangkok mahu dijadikan ibu kota. Terma "kuil pasak" ini pertama kali saya gunakan apabila menyebut tentang kuil dengan fungsi sama di Surat Thani 2 minggu lalu. Rujuk balik pada penghujung artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menyahut 'panggilan' Sultan Sulaiman sebelum ke Tambralingga/Sri Dharmaraja/Ligor/Nakhon Si Thammarat.


Ternyata panggilan "kuil pasak" sangat tepat. Ini kerana ia memang didirikan untuk memasak (ke mempasak?) suatu kota malah wilayah sekelilingnya sehingga sebesar satu negeri secara spiritual atau kebatinan. Google sahaja perkataan "Pillar Shrine" atau sebutan Thai "Lak_Mueang" dan bacalah penerangan. Disebut bahawa kuil di Bangkok ini adalah yang pertama seumpamanya didirikan oleh dinasti sekarang. Lihat Kuil pasak (Pillar shrine of) Bangkok.


Ini pula sebahagian daripada parit yang mengelilingi kawasan kota lama. Lihat Parit kota lama Bangkok (Bangkok old city moat).


Turut terdapat berdekatan adalah sebuah taman bunga yang terbuka kepada umum. Lihat Public park near the Grand Palace of Bangkok.


Selepas itu kami berpusing-pusing di sekitar pusat bandar raya Bangkok dan kota lama untuk mencari suatu tempat.


Malas nak sebut nama tempat. Dah jumpa dah pun tapi masalah pula hendak mencari tempat meletak kereta. Dicampur sistem jalan sehala kami dibawa semakin jauh pula apabila cuba mencari tempat letak kosong. Akhirnya kami buat keputusan terus aje le menghala ke arah barat keluar dari kota Bangkok. Lihat Cutting across Bangkok from east to west.



Dahlah tengah lapar, nak cari makanan halal pun susah. Sampai ke pinggir kota raya gergasi itu kami beli buah-buahan untuk mengalas perut. Kami juga mengorak langkah untuk kembali ke selatan. Adapun pada artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Satu perjalanan jauh penuh harapan hujung tahun 2017 yang dibuat 11 Disember lalu iaitu sehari sebelum memulakan perjalanan ada disebut bahawa sama ada selepas Ayutthaya atau selepas Bangkok kami mahu ke Siem Reap dan Angkor Wat yang terletak lebih 400 km ke arah timur. Jadi kenapa menuju ke barat kemudian ke selatan?


Sebetulnya ketika berada di Surat Thani lagi kami telah membuat keputusan untuk membatalkan perjalanan ke Angkor Wat. Ini disebabkan beberapa perkara :-


1) Setelah menyemak dalam Internet baru kami tahu tiket masuk ke Angkor Wat adalah US$37 satu kepala bagi orang dewasa. Ini dah makan banyak bajet.

2) Nak bawak masuk kereta sendiri ke negara Cambodia/Kemboja bukan semudah masuk Thailand. Kena dapatkan kebenaran rasmi daripada kedutaan mereka terlebih dahulu dan proses ini sendiri memakan masa sekurang-kurangnya 2-3 hari.

3) Apabila difikirkan dua faktor atas jadi sangat tak berbaloi membuat perjalanan tambahan pergi balik sejauh 800-900 km untuk ke Angkor Wat sedangkan kami cuma dapat memperuntukkan masa 1 malam sahaja di sana. Selepas itu harus berkejar kembali kerana ada had waktu kami bercuti sebelum masuk kerja.

4) Nak bawak masuk kereta ke Kemboja dah satu hal. Bawak masuk balik ke Thailand pun satu kerja walaupun lebih mudah. Lebih baik peruntukan masa juga belanja yang telah dipakai untuk insurans kereta bagi puas jalan-jalan di Thailand.


Sekitar 130 km ke barat kemudian selatan dari Bangkok kami singgah di satu kuil yang terletak di kaki sebuah bukit. Saya tertarik untuk singgah akibat tarikan kuil lain di atas bukit. Ia pertama kali dilihat pada waktu malam dalam perjalanan dari selatan ke Ayutthaya pada hari Sabtu malam Ahad lalu saya mengalami deja vu lama sambil memandu...


Di kuil bawah bukit petang Isnin itu pun saya deja vu panjang meninjau-ninjau kawasan dan beberapa bangunan..Entah apa yang istimewa tentang tempat dan persekitaran ini. Terasa seperti ada seorang raja Islam dimakamkan atas bukit. Lihat artikel Wat Tham Kaeo, Petchaburi.


Hal tersebut membuat saya terpanggil untuk masuk ke bandar berdekatan. Lihat Enter the city of Petchaburi.



Terjumpa pula satu kuil dengan menara-menara tinggi yang unik. Lihat Wat Mahathat Worawihan .


Semua ini berlaku akibat tarikan kuil yang kelihatan atas bukit. Kemudian baru saya dapat tahu di atas sana turut terdapat istana seorang raja Siam yang dibina sekitar tahun 1860.  Beginilah rupanya dilihat dalam perjalanan kembali ke jalan besar. Kalau tidak kerana kesuntukan masa tentu kami atau sekurang-kurangnya saya seorang akan memanjat naik ke atas.


Perjalanan diteruskan ke selatan dengan niat hendak mengambil  simpang masuk ke satu bandar bernama Hua Hin.


Adapun selepas sampai ke Ayutthaya pagi Ahad baru saya tersedar ada kawan lama memberitahu di Facebook bahawa di Hua Hin terdapat beberapa kedai makan halal. Itu adalah maklum balas beliau terhadap update saya sebelum itu menyatakan betapa susahnya hendak mencari kedai makan halal sejak meninggalkan Songkhla menghala ke utara tengah hari Khamis. Beberapa lama kemudian baru saya menyemak kedudukan Hua Hin. Ternyata ia sebuah bandar peranginan tepi laut yang popular tetapi kita tidak akan lalu kalau mengambil jalan utama utara ke selatan atau sebaliknya. Disebabkan maklum balas kawan baru tahu tentang kewujudannya. Ternyata ada beberapa kedai makan halal berdekatan stesyen kereta api sana.


Tentang rupa bandar, stesyen kereta apinya yang agak comel juga pantai sila lihat artikel-artikel berikut :-







Di sini cukuplah ditambah 150 km lagi ke selatan saya terlihat satu lagi kuil yang memberikan rasa deja vu yang panjang. Daripada nampak kuil di tepian jalan sampai naik tangga tinggi ke pintu masuk melihat ke bawah kemudian melihat segala macam patung yang ada di dalam semuanya pernah dilihat dalam suatu mimpi atau bayangan bertahun lalu. Entah apa pula maknanya ini. Yang saya tahu kedudukannya agak dekat dengan bahagian paling sempit Thailand yang bersempadan dengan negara Burma/Myanmar.  Lihat Wat Ang Thong, Thap Sakae, Prachuap Khiri Khan.



Tiada ulasan: