Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, March 07, 2017

Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Menelusuri tempat-tempat bersejarah di Siak sebelum kembali ke tanah air

Setelah hampir sebulan siri perjalanan di bahagian tengah Sumatera 25 Januari - 1 Januari ini berjalan sampai masanya untuk menutup pengkisahan. Bersambung penceritaan daripada artikel Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Cabaran mencari tinggalan kerajaan Pelalawan dan 130 km naik beca motosikal.


Pagi Rabu 1 Februari 2017. Setelah bermalam di sebuah rumah penginapan di kota Siak saya mendapati di luar sedang hujan lebat. Setelah beberapa lama baru ia surut lalu saya mengambil gambar ini. Ketika itu sudah jam 7,48.



Seterusnya saya dibawa oleh seorang kawan Facebook pergi ke satu kawasan pendalaman di utara kota...


Turut bersama adalah seorang rakannya, seorang ahli kerabat diraja Siak. Beliau menunjukkan saya kitab Tajuk Muluk tulisan Jawi miliknya untuk saya telaah.


Kawan Facebook itu menghubungi lewat malam apabila mendapat tahu saya sedang berada di Siak. Nasib baik tempat saya menginap ada Wifi lalu saya dapat membuat update menyatakan berada di situ setelah seharian suntuk berjalan merata cuba menjejak tinggalan-tinggalan sejarah kerajaan Pelalawan yang terkait dengan Siak. Rujuk balik penulisan dalam artikel Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Cabaran mencari tinggalan kerajaan Pelalawan dan 130 km naik beca motosikal.


Menariknya kawan tersebut muncul dalam keadaan saya sudah pasrah menerima takdir mungkin cuma sempat melihat tempat-tempat bersejarah dalam kota Siak sahaja iaitu setakat yang dapat dicapai dengan berjalan kaki  Ini kerana hari itu juga saya mesti bertolak kembali ke Pekanbaru untuk mengejar penerbangan malam kembali ke Malaysia. Pengalaman hari sebelumnya mencari kota lama Pelalawan tetapi dibawa ke kota baru Pelawan yang jaraknya 40 km jauh ke arah lain pula telah membuat saya sangat penat. Akibat dibawa pengangkutan awam ke tempat yang salah banyak masa terbuang sehingga saya tidak sempat mendapatkan lagi van ke destinasi yang sepatutnya. Itu yang terpaksa naik beca motosikal dan ini diteruskan ke Siak. Masuk 130 km naik kenderaan sebegitu memanglah penat.


Akibat kelewatan itu juga saya tidak sempat menziarahi makam Sultan Mahmud Syah, Sultan terakhir Melaka yang boleh dicapai melalui jalan sungai dari kota lama Pelalawan. Maka itu apabila sampai ke Siak lalu bertanya orang di manakah letaknya makam pengasas dinasti baru Kesultanan Siak awal abad ke-18 iaitu Raja Kecil lalu ada orang berkata ia terletak sejam jauh ke luar kota saya dah pasrah tidak dapat sampai. Tengok-tengok kawan FB yang sebelum itu cuma dikenali secara on-line sahaja menghubungi, Tanpa saya perlu bertanya atau memberikan cadangan beliau terus membawa saya ke tempat bernama Buantan tepian Sungai Siak lalu ke makam Raja Kecil. Lihat artikel  Siak river at Buantan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH diikuti Makam (Tomb of) Raja Kecil Siak di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Saya turut ditunjukkan tinggalan benteng perang berdekatan makam. Lihat Tinggalan benteng (Remains of rampart at) Buantan. Selepas itu saya dibawa melihat sebuah kolam yang menjadi tempat orang Siak dahulukala membasuh senjata. Kedudukannya di hadapan Sungai Siak juga tetapi menghilir sedikit dari makam Raja Kecil. Lihat artikel Kolam Hijau (The green pool).diikuti Siak river from Kolam Hijau.


Sekitar jam 9.16 kami menghala kembali ke kota Siak.


Dari makam Raja Kecil ke kota jaraknya rupa-rupanya tidaklah berapa jauh sangat. Cuma sekitar 24 km sahaja. Tetapi dalam keadaan dah penat amat dan kemudian harus berkejar kembali ke Pekanbaru yang memakan masa 2 jam lebih perjalanan memang saya takkan sampai kalau tidak mendapat bantuan kenderaan kawan.


Seterusnya saya dibawa ke satu macam pekan budaya di kota Siak...


Di situ saya berkenalan dengan sekumpulan anak muda tempatan yang gigih mahu melestarikan sejarah juga budaya Melayu Siak.


Saya diberitahu mereka baru 2-3 bulan gitu memulakan satu persatuan atau komuniti pakaian adat.


Cuma buat masa ini mereka menumpukan pada pemakaian tanjak, belum lagi membuat aktiviti-aktiviti berkenaan sambil memakai busana penuh tradisional Melayu lalu menyatakan ingin belajar daripada saya dan kawan-kawan di Malaysia. Rujuk aktiviti-aktiviti seperti dipaparkan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH.


Selepas beberapa lama berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar fikiran saya dan kawan FB bersama kawan yang merupakan ahli kerabat diraja Siak menyambung lawatan ke tempat-tempat bersejarah.


Kami mulakan dengan masjid diraja ini. Di sebelahnya terdapat makam sultan terakhir Siak. Lihat artikel Masjid raya (Main mosque of) Syahabuddin, Siak diikuti Makam Sultan Syarif Kasim dan keluarga (Tombs of Sultan Syarif Kasim and family).


Dari masjid kami berjalan kaki ke istana kerajaan Siak.





 
Beginilah keadaan saya berjalan-jalan melihat tempat-tempat bersejarah di kota. Saya memakai tanjak yang dihadiahkan oleh kawan-kawan aktivis budaya tadi. Gambar ini diambil dalam istana. Kemudian kami ke satu kawasan pemakaman diraja yang berdekatan.  Lihat artikel Istana (Palace of) Siak Sri Indrapura diikuti Makam (Tombs of) Koto Tinggi, Siak.


Makan tengah hari di tengah bandar sebelum bersolat di masjid terdekat. Lihat Musholla Mujahid, Siak.


Selepas itu baru melihat bahagian pesisir kota di tepian Sungai Siak. Lihat Siak river from Siak town.








Singgah lagi di masjid diraja, kawan-kawan terasa hendak mengibarkan bendera dengan kalimah Lailahaillallah. Saya pun mengambil kesempatan melihat Sungai Siak dari tepian masjid. Lihat artikel Siak river from Syahabuddin mosque.

Membelek-belek tanjak buatan Siak yang dihadiahkan kepada saya. Ketika ini kami sudah mula bergerak meninggalkan kota Siak namun sempat melawat 3 lagi tempat. Lihat artikel-artikel berikut :-







Kami menyeberangi Sungai Siak melalui sebuah jambatan panjang moden . Lihat  artikel Siak river from the bridge off Siak town


Saya dibawa ke satu tempat bernama Mempura untuk melawat makam dua orang Sultan Siak daripada keturunan Raja Kecil. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tengku Buang Asmara diikuti Makam (Tomb of) Raja Ismail Siak.
.

Lawatan selesai sekitar jam 2.05 petang. Untuk memastikan saya dapat sampai ke Pekanbaru dengan selamat dan cukup masa untuk mengejar penerbangan ke Malaysia mereka telah menghubungi seorang kenalan yang biasa membawa kereta pengangkutan awam berulang-alik dari Pekanbaru ke Siak. Sekitar jam 2.45 saya pun bergerak ke Pekanbaru. Kalau tidak ada kepastian seperti dilakukan oleh kawan-kawan belum tentu boleh dapat kenderaan dari Siak selewat itu...


Ini pula dalam van dari pinggir timur Pekanbaru menuju ke pusat bandar raya. Apabila mendapati saya sempat sampai ke pinggir jam 5 saya membuat keputusan tidak terus ke lapangan terbang. Saya mahu berjalan-jalan lagi melihat Pekanbaru.


Saya agak suka melihat keadaan pusat Pekanbaru. Kiranya ini untuk memuaskan hati sebelum kembali ke Malaysia. Ia adalah kota paling besar, moden dan teratur dapat saya singgah dalam perjalanan 25 Januari hingga 1 Februari. Lihat artikel Last look at Pekanbaru sebagai penutup penceritaan siri "Jejak kerajaan lama tengah Sumatera" ini.
.


No comments: