Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Disember 12, 2017

Nabi Adam AS dan orang Melayu 60,000 tahun lalu - Bagaimanakah hubungan sebenarnya?

Rasanya saya belum pernah memberitahu pembaca di blogspot ini tentang satu projek buku yang dimulakan Mac tahun lepas lalu siap manuskrip pertama hampir setahun kemudian. Sekarang biar diceritakan sedikit tentangnya. Ini boleh dikira menyambung lagi gerak yang berkaitan daripada artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Satu perjalanan jauh penuh harapan hujung tahun 2017.



Pada hari Jumaat 24 November 2017 iaitu hampir 3 minggu lalu saya telah meletakkan gambar atas berupa tajuk buku di Facebook berserta teks berikut :-


---------- 


Salam tengah hari Jumaat 5 Rabiul Awal 1439 Hijriah. Nak tanya kawan2. Apa yang anda nampak atau fikirkan bila melihat tajuk ini pada buku? Apa anda harapkan? Apa maklum balas?


---------- 


Hasilnya saya mendapat sejumlah maklum balas berkenaan.. Biar dicopy paste beberapa yang terpilih tanpa menyatakan siapakah yang memberikan komen...


Sejarah yang detail dari zaman Nabi Adam hingga wujudnya bangsa Melayu. Perbandingan (secara ringkas) antara kajian2 ilmuan Islam dan ilmuan barat....


Yg dlm fikiran saya bangsa melayu adalah bangsa tertua.


Mendalam dan kena banyak kajian. Terutama kepada penulisan melayu lama yang banyak kiasan dan makna tersembunyi


Ada juga yang musykil kenapa Nabi Adam dan bangsa Melayu ditulis seolah seperti wujud pada zaman yang sama. Ada pula menyoalkan bagaimana datang hal Melayu 60,000 tahun lalu sedangkan menurut kiraan ulamak  seperti Profesor Dr Hamka umur manusia daripada zaman Nabi Adam sampai sekarang lebih kurang 7 hingga 8 ribu tahun sahaja. 




Ada juga beberapa orang yang menyatakan keingina untuk membeli buku. Apa pun percayalah jawabannya ada dalam buku.Hari ini, memandangkan saya akan membuat perjalanan jauh tidak lama lagi biar diberikan bayangan isi buku. Biar ditunjukkan tajuk-tajuk bab dan tajuk-tajuk kecil atau sub-topik dalam setiap bab. Sesungguhnya apa yang dikongsikan dalam buku ini adalah berdasarkan pemikiran berserta maklum balas yang diperolehi daripada sejumlah cendekiawan dalam majlis-majlis ilmu di pelbagai menara gading dan institusi setaraf awal tahun 2011. Cerita tentang majlis-majlis ini berserta sedikit isi pembentangan ada dikongsikan dalam buku agar jelas rentetan pemikiran yang membawa kepada penulisan buku...




Secara rata saya cuba menyatukan sudut pandangan sains tentang kemunculan makhluk manusia berbanding sudut pandangan bersumberkan kitab. Bagaimana hendak diletakkan kemunculan makhluk berkaki dua serupa manusia sekarang yang disebut sains sebagai homo sapiens pertama kali muncul 209,000 tahun lalu sedangkan kira-kira berdasarkan kirab menyebut Nabi Adam AS diturunkan ke muka bumi tidak lebih 10,000 tahun lalu!




Saya mendapati penyelarasan boleh dibuat berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW bahawa semakin kita menghampiri hari kiamat semakin pendek masa yang berlalu pada setiap hari. Sebetulnya perkara ini telah saya utarakan beberapa kali kepada para cendekiawan di majlis-majlis ilmu.. Saya meminta mereka cuba mengambil kira hal masa semakin pendek ni. Tetapi mereka nampaknya tidak jelas bagaimana mahu menangani perkara. Maka berterusanlah pencapahan pemamahan tentang kewujudan manusia - mereka yang berpegang pada sains terus dengan apa yang dipelajari, mereka yang berpegang dengan kitab terus dengan apa yang diyakini. 

Setelah beberapa lama saya membuat keputusan untuk menangani sendiri hal ini. Berdasarkan fakta bersumberkan wahyu ilmu naqli saya membuat satu formula kira-kira matematik yang boleh menyelaraskan pencapahan sudut pandang. Harapan saya semoga dengan penjelasan dalam buku golongan cendekiawan akademik berdasarkan sains dan golongan agamawan berdasarkan kitab dapat duduk semeja membincangkan perkara. Betulkanlah apa yang kurang dalam buku saya. Yang penting dapat keputusan tuntas yang boleh dipegang oleh semua.



Ada pun manuskrip akhir buku ini yang lengkap reka letak teks dan gambar dapat saya siapkan  sepenuhnya sebulan atau dua bulan lalu. Saya pun dah lupa bilakah sebenarnya kerana selepas itu saya terus menyambung penulisan satu buku lain yang memanjangkan lagi pemikiran yang telah diperkenalkan dalam buku ini. Ia sudah cukup baik untuk dicetak. Cuma satu, saya belum ada modal dan kedua, belum dapat ilham yang baik untuk reka bentuk kulit buku. 

Yang kelihatan di atas ini cuma satu cadangan ringkas yang terbit secara spontan dalam fikiran . Warna pun belum nampak lagi nak pakai apa. Ia mungkin digunakan mungkin tidak. Mungkin  akan diletakkan keris bersilang di tengah. 

Untuk makluman buku ini saya letak bersaiz 6.36 inci (lebar) x 9 inci (tinggi). Ketebalannya 304 muka surat. Cuma pagi tadi saya dinasihatkan agar mengubah sedikit ini supaya lebih menjimatkan kos percetakan. Tentang hal tersebut akan saya ceritakan dalam artikel selepas ini, artikel tentang buku sambungan yang juga sudah siap manuskrip yang boleh dicetak. Tapi sama juga seperti buku ini, belum ada modal dan belum dapat ilham reka letak kulit buku.

Tajuk buku ini mungkin diubah menjadi "Orang Melayy Keturunan Adam Sebelum Adam?" Tapi ini cuma satu cadangan. Kalau ada tajuk lebih baik sila kemukakan. Sila juga berikan maklum balas berdasarkan apa yang anda dapat bayangkan tentang isi buku berdasarkan apa yang diceritakan dalam artikel ini ya. OK. Saya nak kena tulis tentang buku lagi satu pulak...



5 ulasan:

ramsah berkata...

assalamualaikum ya saudara...

beruntung dpt singgah ke blog anda...

ilmu yg saya dapat terlalu banyak manafaatnya

menurut saya orang seperti anda memang diperlukan..

thaniah saudara..

wassalam

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terima kasih saudara...

Tanpa Nama berkata...

Salam org muo..kulit buku tu ilham sndiri atau ada bantuan? Sama le kita pun org muo dok melaka. Dah siap buku bgtau. Nk tlg buat cover takut tak bertepatan selera je. Sbb keje pun grafik.

Tanpa Nama berkata...

Assalam.. ya.. sy sangat musykil dengan tarikh nabi adam yg didakwa turun sekitar 7000 tahun lalu dengan kajian-kajiam dna melayu yg menunjukkak 60000 tahun usia bangsa ini. Boleh bagi pencerahan? Terima kaseh

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada Encik Radzi, ini hanya andaian saya sahaja. Kalau DNA Melayu lebih lama dari turunnya Nabi Adam a.s ke dunia, maknanya, Melayu adalah dari keturunan jin. Kerana jin adalah penghuni dunia sebelum nabi Adam a.s. Dan selepas Allah perkemaskan dunia ini untuk Nabi Adam, ada jin-jin yang dapat melarikan diri dan bersembunyi di gunung2 dan gua2. Wallahualam.