Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, February 21, 2017

Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Sekitar Pagaruyung lagi sebelum ke Pariangan dan lain tempat

Salam semua. Bersambung cerita tentang perjalanan di Sumatera 25 Januari - 1 Februari. Meneruskan penceritaan daripada artikel Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Bersama rombongan dari Malaysia ke Pagaruyung.


Pagi Jumaat 27 Januari 2017, hari ke-3 perjalanan. Saya melihat pemandangan dari tingkap hotel.


Kami telah menginap di sebuah hotel di Bukit Tinggi. Dari Pagaruyung semalam kami bergerak lebih 50 km untuk sampai ke sini. Lihat artikel Views from a Bukit Tinggi hotel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami mahu ke Pagaruyung lagi kerana masih ada tempat-tempat bersejarah mahu dilawati di sana dan sekitarnya.


Cuma kali ini kami mengambil laluan yang berbeza - Laluan sebelah timur Gunung Merapi yang saya dapati 10 km lebih pendek berbanding laluan melepasi Padang Panjang. Cuma jalannya lebih kecil dan sempit, tidak begitu sesuai kalau memandu waktu malam. Lihat From Bukit Tinggi to Rao Rao.


Disebabkan mengambil laluan ini kami terlihat sebuah masjid cantik dan unik lalu berhenti untuk singgah. Lihat artikel Masjid raya (Main mosque of) Rao Rao di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Persinggahan ini tiada dalam rancangan. Selain rupanya yang menarik kami berhenti kerana nama tempat iaitu Rao Rao. Ada seorang kawan kami memberitahu nenek moyangnya berasal dari sini mengikut tokoh pahlawan dan bangsawan terkenal. Megat Terawis yang telah berhijrah ke Perak lebih 500 tahun lalu. Kami pun menziarahi sekali makam di hadapan masjid. Lihat Makam pengasas masjid Rao Rao (Tomb of the founder of Rao Rao mosque).


Perjalanan disambung kembali setelah hampir setengah jam juga berlegar-legar di Rao Rao. Lihat  Rao Rao to Pagaruyung.



Tengok-tengok bas tidak berhenti di Pagaruyung.


Sebaliknya ia meneruskan perjalanan lebih jauh ke selatan kemudian mendaki sebuah bukit hingga ke puncak. Lihat Climbing up by bus to Talago Bukit.


Sampai ke satu bahagian teratas bukit baru bas berhenti. Kami diminta turun lalu berjalan kaki. Lihat Walking to Talago Bukit's megalith site.


Rupa-rupanya ada satu tanah perkuburan lama di puncak bukit mahu ditunjukkan. Lihat Tapak megalit (Megalith site of) Talago Bukit.


Sambil orang lain terus berlegar-legar di kawasan makam dan sekitar saya singgah sebentar di masjid berdekatan yang terletak bawah sedikit dari puncak bukit. Lihat Masjid (Mosque of) Taqwa, Talago Bukit.


Turun dari bukit kami dapati sudah masuk waktu solat Jumaat lalu singgah di masjid yang kelihatan. 


Lokasinya sekitar 3 km ke selatan Pagaruyung. Puncak bukit tadi terletak lagi 5 km ke selatan. Lihat Masjid raya (Main mosque of) Saruaso.


Berdekatan masjid ini sendiri terdapat beberapa tempat bersejarah. Lihat artikel Prasasti Saruaso diikuti Makam raja-raja (Tombs of the rulers of) Saruaso.


Lebih menarik lagi ada satu kawasan pemakaman yang memiliki batu nesan berukiran keris juga pending. Lihat Makam (Tombs of) Indomo Saruaso.


Selepas beberapa lama di Saruaso baru kami pergi makan tengah hari di satu tempat ke utara sedikit dari Pagaruyung.


Tempat ini dikeliling sawah dengan latar belakang pergunungan yang menakjubkan. Lihat artikel Late lunch at Dapua Amaak diikuti  Enjoying views of the paddy fields around Dapua Amaak.


Kami melayan sekali durian sampai peringkat kenyang amat dah tak termakan...


Selepas itu kami berpatah balik ke arah Pagar Ruyung dan bandar Batu Sangkar lalu singgah di satu lagi tempat bersejarah. Lihat Prasasti Kubu Rajo. Untuk makluman, seperti prasasti atau batu  bersurat di Saruaso yang ini juga dibuat oleh Adiyatwarman, raja besar yang memerintah Alam Minangkabau dan sekitarnya abad ke-14 Masihi.


Kami juga menziarahi batu yang katanya ditikam hingga berlubang sebagai tanda damai setelah pertikaian antara tokoh terkenal Alam Minangkabau, Datuk Perpatih Nan Sebatang dengan abangnya yang berlainan bapa tapi sama ibu, Datuk Ketemenggungan. Lihat artikel Batu Batikam.


Lupa hendak beritahu, Sejak turun bukit saya menaiki kereta dengan beberapa orang kawan. Yang lain meneruskan naik bas tetapi tidak berhenti di Batu Batikam. Mereka diikuti kami menghala ke Padang Panjang. Sekitar separuh perjalanan kami mengambil satu laluan kecil masuk ke satu penempatan yang dikatakan paling awal dalam sejarah Minangkabau. Lihat On to Pariangan, the first settlement of the Minangkabau people?.



Kampung ini memiliki banyak rumah lama dan bangunan cantik. Antaranya adalah ini. Lihat Rumah Gadang (Big house of) Datuk Kayo.


Namun tujuan utama kami ke sini adalah untuk menziarahi sebuah makam yang sangat panjang.


Ia milik seorang tokoh yang katanya mencipta reka bentuk istana pertama di Alam Minangkabau. Lihat Makam (Tomb of) Tantejo Gukhano.


Hampir ke Padang Panjang kami singgah di sebuah masjid yang nama tempatnya kelihatan lucu. Lihat Masjid (Mosque of) al-Ula, Batipuh.


Di sebelahnya terdapat sebuah masjid lama yang mungkin sangat bermakna bagi mereka yang sayangkan ilmu. Dikatakan di sinilah intelektual Melayu berdarah Minang, Buya Hamka menimba ilmu agama dan silat daripada kecil sampai ke remaja. Lihat Surau Nagari Lubuk Bauk.


Selepas Padang Panjang kami singgah di satu tempat yang nyaman sekitar 4,000 kaki tinggi dari paras laut. Lihat The air and views at Pandai Sikek.


Selepas makan malam lewat di sebuah restoran di Bukit Tinggi kami sampai ke hotel lewat jam 10. Kami berehat sejenak kemudian menyertai satu majlis perbincangan sejarah Alam Minangkabau yang dihadiri beberapa warga tempatan terutama dari Pagaruyung. Dekat jam 12 baru selesai lalu kami boleh masuk tidur..



No comments: