Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, February 23, 2017

Misi jejak Aceh-Langkasuka - Ke Gurun dan Sungai Petani sebelum mengimbas kembali perjalanan pertama ke Aceh 13 tahun lalu...

Kembali pada perjalanan 12-21 Januari. Bersambung daripada artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka - Menyambung talian kerohanian di Alor Setar.


Tengah hari Khamis 19 Januari 2017, hari ke-8 perjalanan. Saya berjalan kaki dari tempat penginapan ke arah menara Alor Setar.


Saya mahu makan tengah hari tapi tak tahu nak makan apa dan di mana. Nampak sebuah warung di satu sudut jalan baru tergerak hendak berhenti dan makan.


Di sebelahnya ada kawasan monumen ini.


Ia menandakan semacam anak sungai yang katanya menjadi punca munculnya nama Alor Setar sekitar 300 tahun lalu. Lihat artikel Tempat asal usul nama Alor Setar (Place for the origin of the name Alor Setar) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selesai makan saya menapak menyusuri anak sungai tersebut.


Sekitar 50 meter kemudian ia masuk ke sebuah sungai yang agak besar. Lihat artikel How the place which gave rise to the name Alor Setar connects to Kedah river di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Perjalanan diteruskan menghala ke arah selatan bandar raya...


Terlihat pula masjid ini lalu saya pun singgah. Lihat Masjid (Mosque of) Nagore, Alor Setar.


Di hadapannya kelihatan sebuah lorong dengan lukisan mural ini.



Jalan kaki lagi ke arah selatan melihat satu jambatan menyeberangi Sungai Kedah. Lihat Kedah river from the northern part of an Alor Setar mid-town bridge. Kemudian menghulu menuju ke hotel/rumah penginapan.


Sebetulnya semasa keluar untuk makan tadi saya dah check-out dari bilik penginapan tetapi meninggalkan beg di kaunter hotel. Saya kembali ke hotel kerana mahu menumpang Wifi untuk menyiapkan satu set penulisan. Untuk makluman dua artikel pertama siri "Misi jejak Aceh-Langkasuka" ini dibuat di situ. Artikel pembukaan iaitu Misi jejak Aceh-Langkasuka : Pembukaan malam Jumaat dibuat pada malam sebelumnya di dalam bilik. Artikel kedua, Misi jejak Aceh-Langkasuka : Air terjun Gunung Stong dan faktor 313 sebelum masuk ke selatan Thailand dibuat di ruang rehat hadapan kaunter waktu petang...


Proses penulisan dimulakan sekitar jam 2.15 dengan menyiapkan dahulu 3 buah artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 2 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Selesai itu baru boleh dibuat artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka : Air terjun Gunung Stong dan faktor 313 sebelum masuk ke selatan Thailand hingga selesai. Akibatnya dekat jam 5 baru saya boleh mengorak langkah keluar.


Saya berjalan kaki hingga ke stesyen kereta api. 


Saya mahu pergi ke Pulau Pinang. Tetapi sebelum itu gerak hati menyuruh agar singgah di 2 tempat.


Pertama adalah Gurun. Sampai sahaja ke sana saya terus berjalan kaki ke masjid. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Gurun.


Untuk makluman Gurun menghadap bahagian tengah lereng timur Gunung Jerai.


Selepas minum dan makan petang di sebuah warung berdekatan saya naik kereta api lagi.




Gerak hati menyuruh berjalan kaki sampai ke bangunan ikonik yang menandakan pusat lama bandar. Lihat artikel Menara jam (Clock tower of) Sungai Petani.


Saya turun di Gurun sebagai syarat menyapa Gunung Jerai secara kerohanian ganti tidak sempat naik sampai ke atas. Selain itu saya cuba mencari dengan mata hati juga mata zahir tapak asal kota Langkasuka yang didirikan oleh Raja Merong Mahawangsa berdasarkan penerangan yang ada di dalam kitab Hikayat Merong Mahawangsa. Menurut hikayat, selepas Langkasuka baru kerajaan Kedah didirikan. Selepas itu anak cucu Merong membuka kerajaan di belah Siam, Perak dan Patani. 

Menurut kajian rasmi sejarawan pula nama Langkasuka lebih dikaitkan dengan kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Saya percaya ini berlaku selepas beberapa zaman.  Ia pun menjadi cikal bakal wujudnya kerajaan Patani Darussalam. Lihat cerita berkaitan dalam artikel ke-4 siri ini iaitu Misi jejak Aceh-Langkasuka : Lawatan lapangan ke makam-makam dan petunjuk Dato' Panjang.


Saya singgah di Sungai Petani kerana terasa ia ada kaitan juga dengan Patani selain terletak cuma sekitar 9 km ke selatan dan sedikit ke timur Gunung Jerai. Berdasarkan cerita dalam hikayat tapak asal Langkasuka yang bermula sebagai sebuah kota harus terletak di antara Gurun dengan Sungai Petani. Saya rasa dah dapat kat mana. Tapi biarlah disimpan untuk pengetahuan sendiri. Selesai dua persinggahan tersebut baru saya menyambung naik kereta api ke Pulau Pinang. Sekitar jam 8,21 malam baru sampai ke Butterworth.


Terus berjalan kaki ke terminal feri dengan niat mahu bermalam di Geogetown. Sesungguhnya apa yang berlaku, cara saya berjalan, berhenti, singgah dan sebagainya semuanya adalah mengikut gerak hati berdasarkan ilham juga apa yang Allah SWT telah lorongkan dalam takdir, qada' dan qadar.


Kalau ikut rancangan dalam fikiran saya sendiri, selepas meninggalkan selatan Thailand saya cuma mahu bermalam di Alor Setar, Kedah kemudian di Ipoh, Perak sebelum kembali ke rumah. Tetapi takdir telah menentukan saya harus menginap dahulu di Arau, Perlis. Sungguh tak lengkap perjalanan ini kalau tidak bermalam di Alor Setar yang telah menjadi ibu negeri Kedah sejak 300 tahun gitu. Oleh kerana malam sebelumnya saya telah bermalam di negeri Perlis yang dahulunya adalah sebahagian daripada Kedah, saya juga terasa harus bermalam di Pulau Pinang yang juga dahulu adalah sebahagian daripada negeri tersebut...


Sampai sahaja di jeti Georgetown saya terus berjalan kaki menuju ke Masjid Lebuh Aceh. Laluan yang digunakan hampir sama dengan laluan ketika saya pertama kali sampai ke masjid ini iaitu pada hari-hari awal tahun 2004. Siap singgah dahulu di restoran yang sama untuk makan. Cuma saya tidak tersilap jalan sehingga sampai ke bangunan Komtar. Rujuk cerita berkaitan dalam artikel lama Mencari jejak Merong : Lebuh Aceh dan faktor 555 di Pulau Pinang

Ah... 13 tahun telah berlalu rupanya di mana pada masa itu saya telah menginap di masjid ini 3 malam sebelum menaiki feri ke Medan. Ini adalah untuk usaha pertama saya masuk ke Aceh yang ketika itu sedang dilanda darurat perang. Malam itu saya banyak menggamit kenangan yang berlaku tahun 2004, satu perjalanan yang kemudian membentuk latar belakang 3 buku pertama saya, siri trilogi novel travelog "Berpetualang ke Aceh" yang terbit 2006-2007. Saya juga merenung kembali hakikat bahawa perjalanan pembukaan saya bagi tahun 2017 tercetus akibat mahu menghadiri majlis di Patani. Rujuk balik artikel ke-3 siri iaitu Misi jejak Aceh-Langkasuka : Forum Batu Aceh di Patani, asbab utama perjalanan dibuat

Turut direnungkan usaha mencari tapak lama Langkasuka yang menyebabkan saya mengambil masa untuk singgah di Gurun kemudian Sungai Petani, tidak terus ke Pulau Pinang dari Alor Setar. Nah. Nampak tak kaitan semuanya? Kenapa siri ini dipanggil "Misi jejak Aceh-Langkasuka"? Nampak?


3 comments:

Anonymous said...

Tkasih atas perkongsian ini...
"Berdasarkan cerita dalam hikayat tapak asal Langkasuka yang bermula sebagai sebuah kota harus terletak di antara Gurun dengan Sungai Petani"
Ke tapak atas kerajaan Langkasuka tu di Guar Cempedak?

Radzi Sapiee said...

Guar Cempedak tu dah ke utara Gurun. Sungai Petani terletak di selatan...

Anonymous said...

Tkasih Radzi ...kawan asrama sekolah dulu kg kt situ.. pernah pernah tido situ..tu yg selalu teringat2 ha ha ha..