Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, February 27, 2017

Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Candi Muara Takus, Sheikh Abdul Ghani, Danau Koto Panjang, batu bersurat dan kota Bangkinang

Kembali pada cerita perjalanan di bahagian tengah Sumatera 25 Januari - 1 Februari. Bersambung daripada artikel Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Memulakan backpacking solo ke Payakumbuh dan arah timur.


Awal pagi Ahad 29 Januari 2017, hari ke-5 perjalanan. Saya ikut seorang jemaah masjid naik kereta ke rumahnya.


Mendengar cerita pengembaraan saya selepas solat Subuh tadi dia menawarkan diri untuk membawa ke Muara Takus, sekitar 19 km dari masjid.


Singgah dahulu di rumahnya sementara menunggu dia bersiap.


Selepas itu baru dibawa saya bersarapan lontong tempatan enak di warung berdekatan.


Adapun mukim yang mengandungi kawasan ini serta meliputi jalan ke Muara Takus dikenali sebagai XIII Koto yang bermaksud 13 kota. 


Kota yang dimaksudkan merujuk pada 13 buah kampung. Beberapa daripadanya boleh dilihat dalam perjalanan. Lihat artikel Free ride to Muara Takus di blogspot BERPETUALANG KE ACEH


Tidak berapa lama kemudian sampailah ke Muara Takus. 


Saya ke sana kerana mahu melihat kompleks candi lama bersejarah, dipercayai dibina pada zaman awal empayar Melayu Srivijaya abad ke-7 Masihi. Lihat artikel Kompleks candi (Temple complex of) Muara Takus di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Saya dapat merasakan satu aura yang sangat istimewa di sini. Ketika melihat kembali gambar-gambar timbul rasa perkaitan dengan candi-candi lama di Lembah Bujang, Kedah. Saya copy paste sedikit maklumat dari Wikipedia. Untuk bacaan selebihnya sila masuk sini...


---------------


Situs Candi Muara Takus adalah sebuah situs candi Buddha yang terletak di desa Muara Takus, Kecamatan XIII Koto, Kabupaten Kampar, Riau, Indonesia. Situs ini berjarak kurang lebih 135 kilometer dari Kota Pekanbaru.

Situs Candi Muara Takus dikelilingi oleh tembok berukuran 74 x 74 meter, yang terbuat dari batu putih dengan tinggi tembok ± 80 cm, di luar arealnya terdapat pula tembok tanah berukuran 1,5 x 1,5 kilometer, mengelilingi kompleks ini sampal ke pinggir Sungai Kampar Kanan. Di dalam kompleks ini terdapat beberapa bangunan candi yang disebut dengan Candi sulung /tua, Candi Bungsu, Mahligai Stupa dan Palangka.

Para pakar purbakala belum dapat menentukan secara pasti kapan situs candi ini didirikan. Ada yang mengatakan abad ke-4, ada yang mengatakan abad ke-7, abad ke-9 bahkan pada abad ke-11. Namun candi ini dianggap telah ada pada zaman keemasan Sriwijaya, sehingga beberapa sejarahwan menganggap kawasan ini merupakan salah satu pusat pemerintahan dari kerajaan Sriwijaya.

Pada tahun 2009 Candi Muara Takus dicalonkan untuk menjadi salah satu Situs Warisan Dunia UNESCO.


Kembali ke arah jalan besar saya dibawa ziarah ke makam seorang khalifah Tariqat Naqsyabandiyah. Lihat artikel Makam (Tomb of) Sheikh Abdul Ghani al Khalidi.



Kemudian baru saya dapat tahu beliau adalah seorang ulamak besar yang pernah hidup sezaman juga setaraf dengan Sheikh Abdul Wahab Rokan yang telah lebih awal saya kenali. Biar dicopy paste maklumat berkenaan daripada Internet dengan sedikit suntingan...


---------------


Syaikh Abdul Ghany Al-Khalidy (1811-1961), Ulama Tarekat dari Kampar


Di belahan aliran Sungai Kampar, di sebelah negeri seribu rumah Suluk, semasa dulu kala terkemuka dengan ulama-ulamanya yang masyhur terbilang. Di antara ulama-ulama yang terkemuka keberadaannya itu, tersebutlah orang tokoh yang paling masyhur terutama ketika membicarakan persebaran Tarikat Ahli Sufiyah, terutama Tarikat Naqsyabandiyah. Dua ulama besar itu ialah Maulana Syekh Abdul Wahab Rokan al-Khalidi dan Syekh Abdul Ghani Batu Basurek, XIII Koto Kampar.

Syekh Abdul Wahab terkenal murid-muridnya yang berasal dari orang awam hingga pejabat-pejabat pemerintahan, sedang Syekh Abdul Ghani Batu Basurek terkenal dengan murid-muridnya yang berasal dari ulama-ulama belaka. Dua ulama besar Naqsyabandiyah inilah yang terkemuka di pantai Timur Sumatera.

Syekh Abdul Ghani itulah nama beliau yang masyhur, sedangkan Batu Basurek ialah nisbah negeri beliau bermukim yang Batu Bersurat di Kampar, yang sekarang termasuk wilayah Riau. Jika disebut-sebut ulama penyebar Naqsyabandiyah di Kampar ini, ada satu tokoh lagi yang tak mungkin tidak disebut, yaitu Syekh Ja’far Pulau Gadang, alim pula, guru dari seorang Ulama Besar Minangkabau Syekh Zakaria Labai Sati Malalo. Namun soal kemasyhuran, dan ketersebutan dalam sejarah, tetap Syekh Abdul Ghani yang terbilang.


Mengenai tahun lahir belum ditemui cacatan pasti, namun dari usia Syekh Abdul Ghani yang mencapai umur 150 tahun dan tahun wafatnya 1961, niscaya kita jumpai tahun lahirnya 1811. Bagi orang-orang dulu, apatah lagi dia merupakan Syekh-syekh terkemuka memang dikenal berumur panjang. Begitu pula pendidikan awalnya, d imasa kecil-kecil tentunya, masih pula kabur dalam kabut sejarah. Namun dapat dipastikan bahwa beliau merupakan ulama hasil didikan surau-surau yang menjamur seantero Minangkabau kala itu.

Setelah menahun mengaji ala surau itu, Beliau melanjutkan pertualangan intelektualnya ke Haramain (Mekah dan Madinah), pusat Ibadah sekaligus ilmu pengetahuan kala itu. Dan menurut sumber Belanda, van Bruinessen, di Mekkah-lah, tepatnya di Jabal Abi Qubais, Syekh Abdul Ghani menerima ijazah atas jalan Tarikat Naqsyabandiyah, sebagai petanda bahwa beliau telah diangkat menjadi khalifah Naqsyabandi dan berhak mengajarkan ilmu Tarikat kepada orang banyak secara mandiri. Adapun syekh Naqsyabandi yang memberinya ijazah itu ialah Syekh Sulaiman Zuhdi, yang pada abad 19 banyak mengangkat khalifah-khalifah dari tanah “Jawi” (baca: Melayu) ini, beliau juga dikenal dengan nama Syekh Sulaiman Afandi.



Setelah mengaji ilmu agama beberapa tahun lamanya dan telah pula dikhatam kaji itu dengan amalan Rohani Suluk Tarikat Naqsyabandiyah, kemudian menerima ijazah dalam Tarikat Sufi itulah Syekh Abdul Ghani memapankan karir ke-ulamaannya di Kampar, tepatnya di Batu Basurek. Di sanalah beliau mendirikan surau sekaligus rumah Suluk untuk mengajar agama dan melatih rohani dengan melaksanakan Suluk Naqsyabandi. Tak perlu menunggu waktu lama, surau beliau itu kemudian ramai sekali dikunjungi oleh orang-orang siak dari berbagai penjuru daerah.


Nama Beliau selaku ulama terkemuka dalam kedalaman ilmu dan kedalaman faham masyhur kemana-mana. Melalui lembaga pendidikan itulah beliau mendidik murid-murid yang banyak, sehingga tak sedikit murid-murid beliau itu nantinya yang menjadi alim pula, kemudian pulang ke kampung halaman masing-masing selaku ulama dan mengajarkan ilmu pula di tanah kelahirannya. Tak jarang pula ada murid-muridnya yang telah ulama mengambil ilmu lagi kehadarat Syekh Abdul Ghani ini.


Di antara murid-murid beliau yang terkemuka dan dapat dicatat pada kesempatan kali ini ialah:



1. Maulana Syekh Muda Wali al-Khalidi Naqsyabandi Aceh (w. 1964). Ulama besar kharismatik di Aceh abad ke-XX, tercatat sebagai pengibar bendera Tarikat Naqsyabandiyah di Aceh, juga termasuk sesepuh Pertiyang sangat disegani. Syekh Wali ini pada mula belajar ilmu agama di berbagai Dayah di Aceh. Kemudian disarankan seorang tokoh di Aceh untuk menyambung pelajar ke Padang yaitu ke Normal Islam, yang saat itu dipimpin Mahmud Yunus (Prof.). Namun Syekh Wali hanya 3 bulan di Normal Islam Padang, sebab tak sesuai dengan cita-cita beliau untuk memperdalam agama, sedang di Normal Islam hanya pelajaran umum yang banyak diberikan. setelah berhenti dari Normal Islam, beliau berkenalan dengan salah seorang tokoh besar Syekh Khatib Muhammad Ali al-Fadani Parak Gadang (w. 1939). Dari hubungan dengan ulama-ulama itu beliau menjadi masyhur pula di Minangkabau, hingga Beliau digelari dengan “Angku Aceh”. Syekh Wali juga berkenalan dengan Syekh Jamil Jaho. Karena ketertarikannya dengan pemuda yang alim itu, Syekh Jamil Jaho mengambilnya menjadi menantu. Banyak usaha keagamaan yang dilakukan oleh Syekh Wali di Minangkabau sampai-sampai beliau mendirikan madrasah di Lubuk Alung bersama-sama dengan rekannya Syekh Zakaria Labai Sati Malalo (madrasah itu tidak ada lagi sekarang). Setelah itu Syekh Wali berangkat ke Mekkah untuk berhaji dan menambah ilmu pengetahuan, di Mekkah beliau seangkatan dengan ulama masyhur dari Padang Syekh Muhammad Yasin al-Fadani al-Makki (w. 1990) dan Syekh Alwi al-Husaini Mekkah. Sekembali dari Mekkah beliau pulang ke Minangkabau. Di saat itulah beliau merasakan haus dahaga ilmu. Obat satu-satunya kali itu ialah mengisi batin dengan air Ma’rifat. Maka Beliau carilah seorang mursyid yang kamal, sehingga bersuluklah Beliau kepada Syekh Abdul Ghani ini, hingga memperoleh maqam khalifah dan mendapat ijazah.

2. Syekh Muhammad Yunus Tuanku Sasak di Sasak, Pasaman. Juga merupakan ulama besar, termasuk sederet tokoh-tokoh sepuh Perti. Beliau mengajar banyak murid di suraunya di Kapar Pasaman Barat.

3. Syekh Muhammad Djamil Sa’adi (w. 1971), anak dari yang mulia Syekh Muhammad Sa’ad bin Tinta’ al-Khalidi Mungka Tuo Payakumbuh. Informasi beliau merupakan murid Batu Basurek ialah dari beberapa murid kepercayaan beliau di Mungka.

4. Syekh Adimin ar-Radji Taram (w. 1970), terbilang murid tertua Syekh Sulaiman ar-Rasuli. Ulama terkemuka atas Jalur Tasawwuf Tarikat Naqsyabandiyah yang diterimanya dari Syekh Batu Basurek.


5. Tuanku Alaydrus Ghani (w. ?), anak kandung dari Syekh Abdul Ghani Batu Basurek. Beliau yang melanjutkan surau ayahnya dan mendirikan pula Madrasah Tarbiyah Islamiyah di Kampar. Menerima Tharikat dari Syekh Muda Wali Aceh.


6. Prof. DR. Syekh Muhibbuddin Wali, Ph. D., salah seorang Ahli hukum Islam dan Tasawwuf Indonesia, S3 Kairo Mesir. Anak kandung Syekh Muda Wali, menerima Tharikat dari Syekh Abdul Ghani Batu Basurek


7. dan banyak lagi lainnya.



Selain itu Syekh Abdul Ghani termasuk tokoh sepuh Perti yang sangat dihormati. Pada tahun 1954 terjadi koferensi Tarikat Naqsyabandiyah di Bukittinggi atas prakarsa Perti, dan salah seorang tokoh utama yang hadir ialah Syekh Abdul Ghani (waktu itu usia nya telah sepuh). Hasil-hasil konfrensi itu dibukukan dengan judul Risalah Tablighul Amanah fi Izalati Khurafat wa syubhah (KAHAMY, 1954).

Syekh Abdul Ghani wafat tahun 1961 dalam usia yang sangat tua, 150 tahun, setelah berkhitmat lama menegakkan agama di Minangkabau umumnya. Usaha beliau dilanjutkan oleh anaknya yang juga alim yaitu Tengku ‘Aidrus Ghani.



Hampir ke masjid tempat saya menginap kereta membelok masuk ke kiri menuju ke tepian tasik.


Tasik bernama Danau Koto Panjang ini menganjur panjang sampai ke Muara Takus tapi tidak kelihatan tadi kerana terlindung oleh pokok-pokok dan sebagainya. Masuk di kawasan ini baru kelihatan pemandangan tasik terbuka luas saujana mata memandang. Lihat First proper look at Danau Koto Panjang. Untuk makluman. Ia adalah tasik buatan yang terbentuk akibat Sungai Kampar diempang di satu bahagian ke hilir dari sini pada tahun 1980an. 


Akibatnya, tapak asal 13 buah kampung yang pernah berdiri di tepian sungai semuanya tenggelam. Sebagai ganti kampung-kampung didirikan kembali di luar tasik termasuk di tepian jalan menuju ke Muara Takus. Pada awal artikel ada disebut tentang nama kawasan atau lebih tepat, mukim XIII Koto yang bermaksud 13 kota. Ini merujuk pada 13 buah kampung tersebut. Nama-nama asal kampung dikekalkan. Antaranya adalah Kampung Batu Bersurat merujuk pada batu bersurat lama yang katanya hilang akibat tenggelam ke dalam lubuk Sungai Kampar jauh lebih awal sebelum tasik terbentuk.


Selesai melihat tasik saya meminta dihantar kembali ke masjid tempat saya menginap. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Fajri, Ngalau Batu Bersurat. Ahli jemaah masjid yang membawa saya berjalan mengajak berehat di rumah, Tetapi saya memberitahu seperti mana saya masuk ke kawasan ini dengan menjejakkan kaki ke masjid, begitu juga saya akan meninggalkan kawasan.


Saya mengambil masa untuk tidur dan rehat barang sejam dua. Sambil itu teringat cerita ahli masjid tentang batu bersurat di Sungai Kampar. Menurut cerita tempatan batu itu akan timbul kembali apabila raja yang haq (waris kerajaan Srivijaya?) kembali ke kawasan itu.


Jam 11.30 baru saya mengorak langkah untuk meninggalkan masjid.


Saya berjalan kaki ke arah jalan besar 1 km dari masjid. Tiba-tiba ada orang berhenti lalu menawar untuk menumpangkan saya naik motosikal (tak ambil gambar)...


Dia bertanya ke mana saya mahu pergi. Saya jawab mahu ke Bangkinang, kira-kira 40 km ke timur dari situ. Tapi mahu makan dahulu di warung sekitar simpang kemudian menunggu pengangkutan awam lalu. Dia jawab, kalau begitu biar dihantar saya ke hadapan sedikit melepasi jambatan menyeberangi tasik. Diturunkan saya di sebuah kedai makan betul-betul di tepi tasik.


Dari situ saya boleh melihat tasik daripada beberapa sudut. Jambatan juga terletak cukup dekat, ada pula jalan berpasir turun sehingga ke tepi tasik. Lihat artikel-artikel berikut :-







Di kedai makan itu juga saya dapat melihat peta menunjukkan tasik juga kawasan-kawasan menarik di sekeliling. Semua ini menyebabkan saya berada lama di sana...





Dekat jam 1,30 baru saya sedia untuk menyambung perjalanan ke Bangkinang.


Selepas hampir 15 minit menunggu di tepi jalan dapatlah kenderaan.


Sekitar 45 minit kemudian sampailah ke Bangkinang, bandar utama dalam kabupaten atau daerah Kampar. Lihat Moving on to Bangkinang.


Tempat pertama di singgahi adalah masjid besar ini. Lihat Islamic centre Kampar, Bangkinang.


'
Sambil itu beca bermotor ini menunggu untuk membawa saya berjalan-jalan.


Pemandunya saya temui sebaik sahaja turun di hadapan masjid tadi. Beliau bersetuju untuk membawa saya berjalan-jalan melihat Bangkinang sambil mencari penginapan yang sesuai.


Naik sebentar jambatan berdekatan untuk melihat pemandangan. Lihat Kampar river from the bridge at Bangkinang. Sempat pula menjejakkan kaki ke dua buah masjid lagi. Lihat artikel Masjid raya (Main mosque of) Bangkinang diikuti Masjid (Mosque of) Al-Kiram, Bangkinang.


Saya turut dibawa naik ke sebuah bukit yang memberikan pemandangan menyeluruh kota Bangkinang. Dekat jam 4 baru masuk ke penginapan yang sesuai. Lihat artikel Exploring Bangkinang on a trishaw bike
.


Sekita jam 5.40 saya keluar lagi untuk melihat kota Bangkinang, kali ini dengan berjalan kaki.










Sempatlah menjejakkan kaki di satu lagi masjid sebelum masuk waktu Maghrib. Lihat Masjid (Mosque of) Nurul Iman, Bangkinang.



No comments: