Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, March 03, 2017

Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Cabaran mencari tinggalan kerajaan Pelalawan dan 130 km naik beca motosikal

Salam semua. Meneruskan cerita perjalanan di bahagian tengah Sumatera 25 Januari - 1 Februari. Bersambung daripada artikel Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Bangkinang ke Pekanbaru.


Pagi Selasa 30 Januari 2017. Selepas solat Subuh saya berehat di satu sudut dalam dewan solat Masjid An-Nur.


Masjid besar kebanggaan warga kota Pekanbaru dan masjid utama di seluruh propinsi (negeri) Riau ini menjadi tempat saya menginap malam sebelumnya.


Sarapan lontong di warung berdekatan.


Kemudian baru berjalan kaki menyusuri Jalan Hang Tuah.


Saya dapat tahu malam sebelumnya bahawa untuk menuju ke destinasi saya yang seterusnya perlu ambil kenderaan keluar dari Pekanbaru dari perhentian bas ini.


Tetapi apabila mendapati sebuah van pengangkutan awam sampai lebih awal dan ia menuju ke pinggir timur kota saya pun menaikinya. Ketika ini jam saya menunjukkan pukul 9.49 pagi.





Di pinggir kota saya harus menunggu kenderaan lain ke luar bandar...


Destinasi saya adalah Kota Pelalawan, ibu kota kerajaan Pelalawan suatu masa dahulu. Gambar diambil pada jam 10,17.






Pelalawan adalah sebuah kerajaan yang terletak di selatan Kesultanan Siak. Pada tahun 1798 ia kalah diserang angkatan perang Siak lalu mula diperintah oleh seorang kerabat diraja Siak daripada Dinasti Sayyid as-Shahab iaitu keturunan Nabi Muhammad SAW.


Pemerintahan beraja Pelalawan juga Siak dan banyak lagi kerajaan Melayu tamat apabila diserapkan ke dalam Republik Indonesia yang diasaskan pada tahun 1945  Pelalawan kemudian menjadi sebuah kabupaten (bersamaan daerah) di bawah pentadbiran propinsi (bersamaan negeri) Riau yang saiznya lebih separuh Semenanjung Malaysia.


Saya disuruh turun di sini. Katanya sudah sampai Kota Pelalawan.


Ketika itu sudah jam 11.39. Terpinga-pinga saya kerana menurut apa yang dapat dilihat melalui Internet 2-3 hari terdahulu ini bukan Kota Pelalawan yang dicari. Dan lagi nama bandar ini adalah Pengkalan Kerinci. Letaknya sekitar 65 km dari perhentian bas berdekatan Masjid An-Nur di mana saya memulakan perjalanan pagi tadi. Kenapa pula pemandu van dan penumpang menyebut inilah Kota Pelalawan?


Dalam kebingungan memikirkan kenapa saya disuruh turun di sini sedangkan pada bayangan saya Kota Pelalawan yang dicari mungkin sekadar sebuah pekan kecil dengan beberapa bangunan lama peninggalan kerajaan saya terlihat sebuah masjid besar.


Saya pun menuju ke situ untuk meneruskan kebiasaan membuat solat tahiyatul masjid apabila berkesempatan singgah di mana-mana masjid. Selain itu saya mahu bertanyakan orang tentang Kota Pelalawan yang dicari. Lihat artikel Masjid besar (Big mosque of) al-Muttaqin, Pengkalan Kerinchi di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Tengok-tengok tak lama kemudian masuk pula waktu Zuhur lalu saya solat kemudian menjamakkan Asar. Ketika berada di masjid ini saya turut menumpang cas telefon lalu mendapati ada signal atau isyarat Wifi dari sebuah restoran berdekatan.


Saya pun singgah untuk makan selain menumpang Wifi untuk laptop. Itulah kali pertama saya dapat menggunakan Internet selepas meninggalkan hotel di Bukit Tinggi pada 28 Januari. Rujuk artikel Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Memulakan backpacking solo ke Payakumbuh dan arah timur. yang dipersembahkan seminggu lalu. Baru saya dapat menyemak balik kedudukan perjalanan kemudian membandingkan pula dengan kata-kata orang tempatan. Rupa-rupanya ramai orang tak faham Kota Pelalawan lama yang saya mahu cari. Yang mereka faham Pelalawan adalah sebuah daerah. Kota Pelalawan merujuk pada ibu kota daerah iaitu bandar ini, Pengkalan Kerinchi, Maka rata-rata orang mengenali inilah Kota Pelalawan.

Kota Pelalawan yang saya cari tidak lagi dikenali sebagai Kota Pelalawan oleh manusia zaman moden ini. Sebaliknya ia telah menjadi sebuah kampung atau desa, kena cari orang yang cukup peka sejarah baru tahu dan faham kedudukan. Nasib baik di restoran saya terjumpa beberapa orang kakitangan kerajaan yang terlibat dengan sejarah dan budaya. Baru dapat tahu saya sepatutnya memberitahu mahu ke kecamatan Pelalawan. Kecamatan bermaksud mukim dan Kota Pelalawan lama terletak di dalam kecamatan Pelalawan kira-kira 40 km dari Pengkalan Kerinchi.


Ketika menyedari semua ini lalu faham duduk letak perkara hari semakin lewat, sudah dekat jam 2 petang, Kena ingat jam 6.30 sudah masuk Maghrib. Saya diberitahu ketika itu pun tidak ada lagi pengangkutan awam menuju ke kecamatan Pelalawan. Nasib baik (lagi sekali daaa,,,) terjumpa seorang pemandu beca motosikal yang sanggup membawa saya ke sana. Itulah sahaja yang dapat. Kalau nak tunggu van atau apa-apa kenderaan lebih selesa kena tunggu esok pagi baru ada. Sedangkan malam esok itu juga saya dijadualkan kembali ke tanah air menaiki pesawat dari Pekanbaru...


Maka naiklah saya dengan kenderaan yang agak mencabar ini. Dah le paling laju cuma boleh pergi 50 km sejam, secara raaa ia bergerak pada kelajuan 20-30 km/j. Kemudian ia mudah tergegar malah seperti meloncat apabila melalui jalan kasar. lubang dan bonggol. Kalau naik setakat 5-6 km ok le. Ini sekitar 40 km. Sabo aje le. Bayaran pula satu hal, Memang berganda lebih mahal berbanding menaiki van. Lihat artikel New Pelalawan to old Pelalawan by trishaw bike di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tapi tak mengapa le. Janji sampai. Dapat le melawat masjid tinggalan kerajaan Pelalawan dan makam di sebelahnya juga istana kerajaan. Lihat artikel-artikel berikut :-








Cuma ada satu sahaja hajat saya hari itu yang tak lepas. Adapun saya sampai ke kota lama Pelalawan yang sudah menjadi desa ini hampir jam 3. Selesai lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang disebut di atas sudah jam 3.30. Di celah-celah itu baru saya mendapat kepastian satu lagi tempat bersejarah yang ingin dijejaki malah sangat-sangat mahu dituju cuma boleh dicapai dengan menaiki bot dari bangunan jeti yang kelihatan, jeti di hadapan istana Pelalawan. Ia adalah makam Sultan Mahmud Syah, sultan terakhir Melaka yang pernah bersemayan di Kampar mulai tahun 1526 sebelum mangkat di sana tahun 1528.


Adapun Pelalawan pada zaman tersebut masih sebahagian daripada kerajaan Kampar yang merupakan satu wilayah beraja dalam jajahan takluk Empayar Melayu Melaka. Makam Sultan Mahmud terletak dalam kawasan yang dikenali sebagai Pekantuo. Dari jeti hadapan istana boleh menghilir dalam 15-20 minit kalau naik bot laju Kalau naik bot biasa mahu sejam baru boleh sampai. Lihat artikel Kampar river from Pelalawan kingdom centre.

Kalau campur jalan kaki dari jeti sampai ke makam dan pergi balik pula bagaimana? Kalau naik bot laju sempat le selesai segalanya sebelum senja. Tapi pemandu bot pula tiada kerana berada jauh di luar kawasan. Nak cari bot biasa pun susah. Esok hari baru ada. Tapi nak menunggu esok pula tak dapat. Seperti sudah disebut tadi, malam esoknya saya harus kembali ke tanah air dengan pesawat dari Pekanbaru. Dari sini ke kota besar itu pun dekat 100 km. Bukan ada lebuh raya macam di Malaysia. Perjalanan 100 km harus memakan masa lebih 2 jam sedangkan ada tempat lebih jauh lagi mahu dicapai sebelum kembali ke Malaysia iaitu Siak.


Akhirnya saya cuma mencelupkan kaki ke dalam Sungai Kampar sebagai syarat. Selepas itu saya pun mengorak langkah meninggalkan bahagian lama Pelalawan, Sempatlah singgah  di satu lagi kawasan pemakaman kemudian melihat bahagian lain sungai. Lihat artikel Makam Jauh (Faraway tombs), Pelalawan dan Kampar river from a village in old Pelalawan.


Perjalanan diteruskan sampai ke simpang yang menyambungkan Siak dengan Pengkalan Kerinchi. Dari kota lama atau desa Pelalawan dekat 30 km juga jauhnya. Tengok-tengok dah takda van atau mana-mana kenderaan biasa pengangkut awam ke Siak kecuali kalau nak charter satu van. Pakcik yang bawak beca motosikal kata kalau saya mahu dia boleh membawa ke sana. Tak sebut lagi pasal bayaran dan saya sebenarnya masih ada lagi satu pilihan untuk meneruskan perjalanan iaitu dengan cara hitchike menumpang kenderaan orang termasuk lori tanah. Tetapi apabila melihat beliau agak bersungguh-sungguh untuk membawa saya ikutkan sahaja. Tentang bayaran berapa nanti,itu adalah rezeki Allah untuknya hari itu.


Maka berjalanlah saya dalam beca motosikal lagi 60 km menuju ke Siak. Penatnya atas beca yang lambat. Dahlah asal kena bonggol atau lubang macam nak meloncat bergegar satu badan... dicampur dinginnya angin menyapa apabila hari semakin gelap memang mencabar. Campur perjalanan dari Pengkalan Kerinchi ke kota lama Pelalawan kemudian kembali ke simpang dah jadi tak kurang 130 km atas beca kesemuanya. Huhuhu. Memang mencabar.



Sampai ke Siak hari dah gelap. Kemudian kami berpusing-pusing lagi mencari penginapan yang cukup selesa tetapi murah. Lihat artikel To Siak on the trishaw bike. Bila sampai masa untuk berpisah bayaran yang diminta adalah Rp500,000.  Harga tiket kapal terbang saya dari Pekanbaru ke KLIA pun baru Rp479,000. Campur duit ajen semasa membeli di lapangan terbang dekat Padang (terpaksa beli sebenarnya) baru lebih mahal. Rujuk balik cerita dalam artikel pembukaan siri iaitu Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Bertapak di Padang.

Kalau naik van harus paling mahal pun Rp50,000 rasanya. Kalau sewa satu kereta dengan pemandu dari Pekanbaru selama 12 jam pun setahu saya baru Rp400,000. Tapi tak mengapalah, Dah memang rezeki orang tua itu dan saya pun dah selamat sampai ke destinasi. Sukacita dimaklumkan ini adalah artikel ke 1,551 di blogspot ini.


2 comments:

Asari helmi Md Aris said...

assalamualaikum tuan,setelah membaca pengembaraan tuan ke wilayah sumatera,expecially kawasan yg bersangkut paut dgn kerajaan lama melayu,membuatkan saya bersemangat utk menjejak tinggalan sejarah di kawasan ini dan insyaAllah saya akan ke pekanbaru,riau 22hb mac ni..mohon bantuan pengalaman tuan utk mencadangkan kawasan yg dirasakan sesuai utk dilawat memandangkan saya ke pekanbaru bersama keluarga dan kedua org tua selama 4 hari..segala jasa baik tuan amatlah saya hargai dan saya doakan tuan terus sihat utk mengkaji ketamadunan melayu

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Sila baca sekali artikel2 sebelum ini dalam siri juga artikel susulan dan terakhir selepas ini. Boleh rancang sendiri perjalanan berdasarkan apa yang sudah saya kongsikan...