Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, April 18, 2017

'Tersesat' masuk lebuhraya ke neraka

Meneruskan gerak bercerita. Bersambung daripada artikel Menyambung talian keluarga di Teluk Intan.


Dari Teluk Intan kami mengorak langkah kembali ke rumah dengan mengambil jalan lama menuju ke selatan. Sampai ke Tanjung Malim singgah di Sarang Art Hub untuk bertemu dengan pengarah filem terkenal, saudara Mamat Khalid.


Tengok-tengok Sarang sedang ditutup kepada umum. Rupa-rupanya ada private function atau majlis tertutup. Tapi rasa perlu juga jumpa berjumpa Mamat untuk menerangkan sesuatu. Ia adalah berkenaan keputusan saya untuk berhenti menganjurkan apa-apa majlis HIKMAH. 


Perkara ini ada disentuh sedikit dalam artikel Ke Pesta Buku Selangor 2017. Saya terasa harus menerangkan kepada Mamat secara berhadapan kerana kami ada merancang untuk mengadakan satu acara HIKMAH di tempat beliau itu pada musim hari raya bulan Syawal. Keputusan untuk tidak menganjurkan apa-apa acara HIKMAH bermakna ia akan dibatalkan.


Tetapi ini tidak bermakna tidak akan ada acara serupa dengannya akan diadakan dalam tempoh masa yang dirancang. Cuma saya tidak akan terlibat menganjurkan. Apapun ini satu gambar yang diambil seorang hadirin pada majlis. Kelihatan saya duduk di sebelah Mamat, ada pelakon Pekin dan Khir Rahman berserta beberapa orang dalam industri perfileman.


Tentang hal pembatalan acara HIKMAH di Sarang dan bagaimana ia harus digantikan akan diterangkan dalam satu artikel akan datang di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Sekarang biar ditumpukan pada majlis persendirian yang berlangsung malam itu.


Ia adalah tayangan pra-tonton atau preview untuk filem terbaru Mamat bertajuk "Lebuhraya ke Neraka". Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 4 Mei.


Pelik juga saya. Bila masa Mamat sempat buat filem baru ni? Setahu saya sejak 2 tahun kebelakangan dia lebih memberikan tumpuan pada Sarang. Hujung tahun lepas pun ada keluar filem bertajuk "Rajawali" yang sempat saya tonton sedikit di pusat kesenian yang turut menjadi tempat penginapan beliau dan keluarga sejak beberapa lama...


Rupa-rupanya "Lebuhraya ke Neraka" mula dibuat 6 tahun lalu. Dua tahun kemudian dah kira siap tapi kena pula lalui beberapa lagi proses termasuk memuaskan hati Lembaga Penafisan Filem (LPF) lalu membuat suntingan yang patut. La ni le baru boleh masuk pawagam...



Filem ini panjangnya lebih kurang 1 jam 40 minit. Tamat tayangan untuk media dan orang industri filem lampu dibuka untuk sesi forum atau diskusi membincangkan isi.


Plot cerita mengenengahkan watak hero bernama Bob (lakonan penyanyi terkenal Awie) yang pernah melalui zaman getir kanak-kanak menyebabkan beliau menjadi nakal tetapi kemudian berubah menjadi lebih baik mendekati agama. Namun ini tidak menjauhkannya daripada kesukaaan menunggang motosikal besar lalu terus bercampur dengan beberapa penunggang yang masih hanyut dalam dunia kenikmatan main perempuan, kelab malam dan sebagainya. Pada suatu hari Bob dan satu kumpulan penunggang motosikal besar keluar untuk membuat pengembaraan beramai-ramai menuju ke Betong melalui Gerik. Bob telah bergerak lebih awal dengan empat orang penunggang lalu melihat satu kemalangan lori ketika berhenti rehat di suatu tempat sunyi.

Selepas itu berlaku perkara-perkara pelik seperti kawan-kawan penunggang yang lebih muda asyik muntah darah sedangkan Bob asyik terlihat hantu termasuk pocong. Bob kemudian terjumpa satu makhluk yang membawa watak syaitan (lakonan Khir Rahman) lalu berlakulah dialog tentang makna dan arah tuju kehidupan...


Secara rata filem ini memaparkan satu kelainan dalam industri tempatan. Bagi mereka yang selalu menonton art film dari luar negara konsep yang dipaparkan bukanlah baru. Tetapi bagi penonton biasa ia satu pendekatan yang berani lagi luar biasa.


Ia berani mengenengahkan hal-hal melibatkan agama, ada unsur dakwah dan sebagainya tetapi dalam konteks luar kebiasaan filem dan drama di Malaysia. Soal kehidupan dan kebenaran cuba dikupas tanpa perlu bersandarkan pada kekuatan ayat-ayat Al-Quran mahupun kehadiran ustaz/pencetus ummah/daie akhir zaman dan sebagainya yang sering digambarkan pandai berkhutbah berserban berjubah mengeluarkan dalil dan hadis sahih bermacam-macam.


Sesi forum/diskusi yang dipengerusikan oleh pengkritik filem, saudara Hassan Muthalib (paling kiri) dalam gambar ini mengorek sisi-sisi intelektual filem yang menyentuh dan mengkritik secara halus banyak perkara dogma melibatkan suasana sosio-politik negara. Unsur-unsur dakwah dalam filem dipanjangkan oleh seorang ustaz 'rock' (duduk di tengah) yang merupakan seorang penunggang tegar motosikal besar, saya lupa nama beliau tetapi dahulu selalu juga masuk TV. Rupa-rupanya dia memang seorang 'kaki'. Menurutnya rekod dia menunggang paling laju adalah 310km/h. Wooo. Saya paling laju pun baru 180km/h, Tapi pakai easy rider, bukan superbike macam dia... :]

Seorang ahli panelis bergelar Dr (PhD) yang saya juga tidak ingat nama melihat "Lebuhraya ke Neraka" sebagai satu road movie yang memaparkan counter-culture atau budaya berlawanan yang katanya bermula di Amerika tahun 1960an pada era Perang Vietnam. Hal ini membuat saya terpanggil untuk masuk dalam diskusi menyatakan filem itu nampaknya bersifat rebel mahu menentang arus seperti mana road movie di Amerika melawan budaya 'bodek' mahu menaikkan Amerika dalam Perang Dingin atau Cold War melawan Russia (zaman itu USSR atau Soviet Union). Hassan pun terpanggil untuk mengupas lebih banyak sisi intelektual filem dengan Mamat menambah rencah. Tapi itu untuk mereka yang mampu menembusi lapisan biasa filem. Pada lapisan luar cukuplah dikatakan ia adalah satu tayang yang menghiburkan, lain daripada yang lain sambil sarat dengan pelbagai makna.



Untuk memahami sendiri tontonlah ia di pawagam 4 Mei. Sementara itu lihatlah dahulu trailer. Nampaknya malam itu saya dah 'tersesat' jalan. Datang ke Sarang kerana terasa perlu hendak menerangkan kepada Mamat kenapa saya harus berhenti menganjurkan acara HIKMAH lalu menganggu rancangan asal bersama beliau mahu mengadakan acara di Sarang. Tengok-tengok 'termasuk' dalam lebuhraya ke neraka pulak. Allah... :]


No comments: